Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah

Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah

Persoalan benarkah haiwan serta tumbuhan berasal dari air sememangnya telah dijawab melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah: 22,

“Dia yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan turunkanNya air hujan dari langit, lalu keluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa).“

Ayat di atas menerangkan tentang tumbuhan itu adalah dijadikan daripada air hujan. Begitu juga dengan haiwan, turut dijadikan daripada air. Ia sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur: 45,

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Kedua-dua ayat di atas adalah bukti kepada kejadian haiwan dan tumbuhan itu sebenarnya daripada air. Walaupun kadang-kadang akal kita selaku manusia terbatas memikirkan bagaimana perkara itu boleh terjadi, namun itu tidak mustahil bagi Allah yang mana kekuasaan-Nya mengatasi segalanya. Setiap yang Dia berkehendak, pasti akan terjadi.

Namun menerusi firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 30,

“Dan Kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup, mengapakah mereka tiada juga beriman?“

Allah menyebut ‘segala sesuatu yang hidup’ itu dijadikan dari air. Apakah manusia juga termasuk dalam firman Allah di atas? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah sebagaimana surah al-An’am: 2,

Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).

Bagi menguraikan persoalan ini, memang benar, asal kejadian manusia ialah dari tanah, iaitu sewaktu Allah menciptakan Nabi Adam a.s selaku manusia pertama yang diciptakan. Ia berasal dari tanah. Namun selepas daripada itu, penciptaan manusia tertakluk kepada ayat disebut di atas iaitu manusia diciptakan dari air.

Banyak firman Allah yang menerangkan manusia diperbuat dari air, antaranya menerusi surah al-Furqan: 54,

“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan), dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

Begitu juga dengan firman Allah surah al-Sajadah: 8, “Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang” Dan Allah berkata lagi dalam surah al-Tariq: 6-7, “Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). Yang keluar dari ‘tulang sulbi’ lelaki dan ‘tulang dada’ perempuan” (al-Tariq: 6-7)

Allah menciptakan manusia dari tanah kerana tidak ingin orang beriman keliru dengan asal usul kejadian manusia. Apabila jelas Allah mengatakan nabi Adam a.s. diperbuat daripada tanah, maka tiada lagi takwil dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggoyahkan iman orang Islam.

Ia juga sebagai bukti, setiap manusia mempunyai unsur tanah dalam badannya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari gumpalan tanah yang diambil dari seluruh tempat yang ada di bumi…” yang membuktikan mukjizat ilmiah yang dimiliki Rasulullah s.a.w.

Namun ada persoalan lain yang wujud, kenapa Allah tidak menciptakan manusia lainnya dengan tanah sehingga sekarang?

Itu kerana ia bertujuan untuk manusia berkasih sayang sesama makhluk dan antara bukti kekuasaan Allah, boleh menciptakan manusia hanya dengan melalui satu hubungan antara lelaki dan perempuan. Subhanallah. Utv

Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker