Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19

Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19

Seorang lelaki yang merompak wang berjumlah AS$1.6 juta (RM6.73 juta) melalui Program Perlindungan Gaji (PPP) pandemik koronavirus kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dua bulan selepas didapati menggunakan dana tersebut bagi membeli barangan mewah, lapor agensi berita United Press International semalam.

Jabatan Kehakiman memerintahkan Lee Price III, 30, dari Houston, Texas, dijatuhi hukuman tersebut kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas penipuan dan pengubahan wang haram.

Sebahagian wang daripada dana tersebut digunakan Price bagi membeli sebuah kereta mewah Lamborghini, sebuah kereta Ford F-350 dan seutas jam tangan Rolex.

Dia juga turut berbelanja sebanyak AS$2,000 (RM8,420) di kelab penari bogel dan AS$700 (RM2,945) bagi membeli minuman keras.

Pegawai rasmi menyatakan bahawa Price mendapat dana dengan mengemukakan bilangan pekerja dan perbelanjaan gaji secara palsu dalam setiap permohonan pinjaman PPP serta rekod cukai palsu dan bahan lain.

Mei lalu, Peguam Negara AS, Merrick Garland menubuhkan Pasukan Petugas Penguatkuasaan Penipuan Covid-19 untuk memerangi penipuan.

Lebih 150 orang telah didakwa kerana mendapatkan pembiayaan PPP secara palsu dalam lebih 95 kes jenayah.

Lebih daripada AS$75 juta (RM316 juta) wang tunai telah dirampas dalam bentuk dana yang diperoleh secara penipuan, bersama hartanah dan barangan mewah yang dibeli menggunakan wang tersebut. K Online

Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker