Semua bank di KL beroperasi esok

Semua bank di KL beroperasi esok

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa bank pusat dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka serta beroperasi seperti biasa esok.

“Sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari itu,” kata bank pusat dalam satu kenyataan.



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC pada Piala Malaysia buat kali pertama sejak 32 tahun. BH

Semua bank di KL beroperasi esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker