‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

ALOR GAJAH: Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan, kelmarin.

Suspek berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bersama-sama pegawai tentera Kem Terendak, Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil maklumat daripada pegawai tentera, suspek berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menemukan pakaian tentera berpangkat kapten dan aksesori.

“Hasil soal siasat suspek mengaku memperoleh pakaian tentera tersebut dengan cara pembelian dalam talian. Susulan itu suspek ditahan dan siasatan lanjut mendapati dia memperdayakan seorang mangsa lelaki membabitkan kerugian RM21,400 dengan menggunakan helah masalah peribadi dan perkahwinan,” katanya.

Arshad berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan memainkan watak jantina berlainan iaitu sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi.

“Suspek akan memperdayakan mangsa melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp. Selain menipu wang, suspek juga terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa lelaki dalam kejadian berlaku di rumah sama antara 23 hingga 25 November lalu,” katanya.

Jelasnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii. Utusan

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker