40 lagi kematian akibat Covid-19 semalam, jumlah kini 30,614

Sebanyak 40 kematian baru dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh 5 Dis. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik tersebut bertambah kepada 30,614 orang.

Daripada 40 kematian yang baru dilaporkan semalam, 25 peratus atau 10 orang meninggal dunia sebelum mereka sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu lapan orang diikuti Perak (6), Kedah (5), Sabah (4), Selangor (4), Terengganu (4), Sarawak (3), Pahang (2), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Tiada kematian baru dilaporkan bagi Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kesemua 40 daripada kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Secara purata 47 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding 44 kematian purata selama tujuh hari dan ini menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 6.7 peratus daripada 66,455 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif juga menurun sebanyak 6.4 peratus daripada 66,242.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 4,298 kes baru, 136 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 69 (50.7 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 39 (28.7 peratus) dari tempat kerja.

Bakinya ialah kes dikesan kepada kelompok yang berkaitan dengan acara keagamaan (13 – 9.6 peratus), kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (12 – 8.8 peratus) dan penularan komuniti (3 – 2.2 peratus).

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.

40 lagi kematian akibat Covid-19 semalam, jumlah kini 30,614


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker