Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer

PETALING JAYA – Kesempatan cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelancong di Pulau Pinang terutamanya penggemar nasi kandar yang pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan asli dari Pulau Mutiara itu.

Bagi peminat tegar, mereka tidak kisah perlu beratur panjang walaupun terpaksa menunggu giliran lebih dari dua jam seperti yang berlaku di restoran Deen Maju baru-baru ini.

Satu video yang dimuat naik oleh Muhammad Fauzi Osman di laman Facebook, memaparkan keadaan orang ramai yang sanggup beratur panjang melebihi 500 meter dari kedai.



Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai mempunyai pengalaman yang sama apabila terpaksa beratur panjang di restoran tersebut semata-mata untuk merasai keenakan hidangan berasaskan kari itu.

Tangkap layar video memaparkan peminat nasi kandar yang sanggup beratur panjang menunggu giliran masuk ke kedai

“Minggu lepas saya pergi bersama keluarga dan kami terpaksa menunggu giliran hampir dua jam, tapi berbaloi,” kata Azril Yamzi.

“Beratur panjang tak ada masalah, asalkan dapat makan nasi kandar original dari Pulau Pinang,” kata Siti Mahfuzah.

Sementara itu, hidangan nasi kandar adalah menu yang sangat popular di Pulau Pinang dan menjadi menu wajib jika berkunjung ke negeri itu. – K! ONLINE



Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


NKR Bantu Penuhi Selera Peminat Nasi Kandar P. Pinang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker