Dividen ASB lebih tinggi?

Dividen ASB lebih tinggi?

Menjelang akhir tahun, biasanya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) mencongak dan membuat perkiraan sendiri terhadap agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sa­ma ada dalam ekonomi sukar ini mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada 4.25 sen yang diumumkan tahun lalu atau sebaliknya, kadar lebih rendah.

Mengambil kira faktor prestasi di Bursa Malaysia yang menyusut tetapi diseimbangkan oleh pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada ­akhir tahun lalu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, unjuran prestasi ASB lebih baik pada tahun ini.



“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang.

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi

“Saya menjangkakan kadar a­gihan pendapatan ASB tahun 2021 yang bakal diumumkan bulan ini adalah sekitar lima hingga 5.25 sen seunit termasuk bonus, iaitu lebih tinggi berban­ding
4.25 sen ditambah bonus 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.



Pemegang unit ASB kini lebih daripada 10 juta orang, dengan pegangan lebih daripada 173 bi­lion unit.
Ahmed Razman menjelaskan, faktor lain yang perlu diambil kira PNB untuk memberi agihan pendapatan ASB lebih baik tahun ini adalah pertumbuhan inflasi, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Lebih-lebih lagi sekiranya dilihat pada kecairan pelaburan ASB, yang mana pelabur boleh menjual unit mereka pada bila-bila masa pada harga tidak berubah dan PNB berisiko menyaksikan pengeluaran besar-besaran sekiranya pelabur melihat pulangan tidak berbaloi.

“Bagi pelabur yang sofistika­ted, mereka akan mengambil kira kadar inflasi bagi menilai pulang­an pelaburan mereka.

“Sekiranya pulangan ASB adalah lima peratus dan kadar inflasi tahun ini sebanyak dua peratus, bermakna keuntungan diterima hanyalah tiga peratus. K Online



Dividen ASB lebih tinggi?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker