Dah macam budak suruhan PPBM

Sebaran :

Dah macam budak suruhan PPBM

Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi mengingatkan Pas, keputusan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, keputusan itu bukan dibuat oleh hanya seorang figura bersifat ‘veto’, tetapi daripada sebuah institusi yang disokong akar umbi.

“Atas prinsip dan semangat setiakawan, molek rasanya diingatkan kepada Ketua Pemuda Pas yang baharu, Ahmad Fadhli Shaari bahawa penolakan kerjasama dengan PPBM dibuat oleh lebih dua pertiga Bahagian UMNO.



“Kemudian ia diabsahkan melalui PAU 2020 dan seterusnya dimuktamadkan oleh pembuat dasar tertinggi parti UMNO iaitu Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menangkis kenyataan Ahmad Fadhli Shaari yang menyeru UMNO supaya belajar menerima PPBM dan tidak sepatutnya menggunakan alasan menolak parti itu kerana pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mohd Johan Rizal, beliau tidak pasti apa kaedah sebenar yang dijalankan dan digunapakai oleh Pas dalam meletakkan dasar serta halatuju partinya.

Namun, kata beliau, inilah tatacara serta proses berhemah dijalankan dalam UMNO dan Pas sepatutnya lebih arif bahawa UMNO terikat dengan pendirian itu.



Katanya, asas penubuhan PPBM itu sendiri adalah untuk menggantikan UMNO melalui muslihat ‘Scheme of Things‘ ciptaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Maka, sebab itulah parti itu dipenuhi dengan pelbagai rupa ‘katak politik’ berkepentingan. Mana mungkin UMNO boleh menerima kerjasama sebuah parti yang penuh muslihat sebegini,” ujarnya.

Justeru, tegas Mohd Johan Rizal, selaku Ketua Pemuda Pas, Pemuda UMNO berharap beliau menghormati pendirian UMNO yang merupakan sebahagian daripada gagasan Muafakat Nasional (MN) yang disepakati.

“Tidak perlulah Pas cuba mengajar atau banyak berhikayat, kononnya bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN), kalau akhirnya ternampak seperti budak suruhan PPBM.



“MN digagaskan bagi menahan dan memperjuangkan kepentingan umat yang sebelumnya diracik-racik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

“Malah jika saudara terlupa, watak dan teraju utama tonggaknya adalah datang dari PPBM sendiri,” katanya.

Kemudian, katanya, sejarah merekodkan ianya disusuli muslihat dan pengkhianatan berlaku dari kalangan PPBM yang berebut jawatan Perdana Menteri meruntuhkan kerjasama PH.

“Saudara juga mungkin terlupa, MN bukan hanya kolisi dan kerjasama politik semata dan demi kepentingan bersama ianya dipersetujui untuk tidak didaftarkan dan tidak mengikat.

“Maka atas kepentingan itu jugalah Barisan Nasional (BN) dan Pas yang membentuk MN berjiwa besar, demi ummah dan demi negara bersetuju membentuk kerajaan sementara bersama PPBM sebagai terajunya walaupun mereka hanya tinggal bersisa,” katanya.

Ujar beliau, sewajarnya MN perlu diangkat dengan idealisme lebih besar sebagai ‘etos’ hala tuju baru pedoman dan kepercayaan seluruh kepelbagaian rakyat untuk satu matlamat, iaitu melihat Malaysia kembali berjaya.

Katanya, Pas tidak sepatutnya ‘memangsakan’ MN demi survival PPBM dengan menyalahkan UMNO. MG

Dah macam budak suruhan PPBM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *