Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas

Sebaran :

Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas

Penasihat Undang-Undang negeri Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Sri Fong Joo Chung akan mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Siasatan atas dakwaan dalam buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness hasil penulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pasukan Petugas Khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung dakwaan termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Beliau berkata, pada masa sama, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.



“Pasukan Petugas Khas ini akan dipengerusikan Joo Chung dengan keahlian terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

“Seterusnya bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Jagjit Singh; Peguam, Datuk Shaharudin Ali dan K Balaguru. Mereka turut disertai wakil dari kementerian/jabatan yang berkepentingan seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO),” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi berkata, dalam hal itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan bertindak sebagai urus setia bagi jawatankuasa berkenaan.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Pasukan Petugas khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan serta kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.



“Pasukan Petugas Khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan daripada tarikh lantikan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu,” katanya. BH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *