Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
Tidak cukup mempersenda orang kurang upaya (OKU) dengan berpura-pura cacat di tempat meletak kenderaan, hari ini tular lagi rakaman video lain memaparkan dua individu wanita melakukan perkara sama.
Menerusi perkongsian sebuah akaun di laman Twitter, dua wanita yang lengkap berpakaian sukan berbasikal berserta helmet itu dilihat berjalan umpama individu cacat ketika memasuki tandas yang dikhaskan buat golongan OKU.
Video berdurasi sembilan saat itu dipercayai diambil dari aplikasi TikTok sebelum mula tersebar di laman Twitter.
Ia dipercayai dirakam oleh seorang lagi individu wanita berdasarkan hilai tawa yang kedengaran di video tersebut.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar video itu dirakam.
Justeru, rata-rata netizen mengecam sikap dua wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif dan menghina OKU.
Tidak kurang juga yang menganggap kedua-dua wanita terbabit sebagai individu yang tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi oleh golongan itu.
Semalam, kecoh sebuah video memaparkan seorang pemuda yang berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Tindakan pemuda itu kemudiannya mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberikan amaran dan menuntut permohonan maaf daripada dua lelaki berkenaan menerusi sebuah video di Instagramnya hari ini. MG
[videopress aP8exyTt]Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021