Ngeh dan Wong Chen dilarang ke Sarawak

Ngeh dan Wong Chen dilarang ke Sarawak

Ahli parlimen pembangkang Ngeh Koo Ham dan Wong Chen telah dinafikan daripada ke Sarawak ketika kempen pilihan raya sedang berlangsung sekarang ini.

Ngeh mempersoalkan mengapa dirinya telah “disenarai hitamkan” dan mendakwa ada motif politik di sebalik tindakan itu.

Ahli Parlimen Beruas itu turut menuntut jawapan daripada Jabatan Imigresen dan GPS.

“Saya baru menerima makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bahawa permohonan saya untuk ke Sarawak telah ditolak kerana saya telah disenaraihitamkan oleh Imigresen […]

“Saya mahu penjelasan,” katanya pada sidang media yang disiarkan dari lobi Parlimen, petang semalam.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP itu menegaskan bahawa dia adalah antara lima pemimpin parti yang dipilih mewakili DAP di Sarawak, mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ngeh juga berkata, bahawa dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, justeru, tidak ada alasan untuk larangan itu.

“Saya mahu jawapan daripada kerajaan (sementara) Sarawak kenapa saya tidak dibenarkan berkempen di sana […]

“Adakah kerana mereka ini takut saya berkempen? Adakah kerajaan (sementara) GPS ini takut saya mendedahkan sesuatu kepada rakyat Sarawak?” soalnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ngeh berkata dia kini di Lembah Klang dan bercadang untuk terbang ke Sarawak hari ini.

Menurutnya, dia kesal kerana “tiada alasan rasmi” diberikan berhubung mengapa permohonannya untuk ke Sarawak ditolak. Sarawak mempunyai autonomi ke atas sempadan imigresennya.

Penasihat DAP Perak itu mendakwa dia difahamkan bahawa kerajaan negeri Sarawak yang meminta Imigresen supaya menyenaraihitamkannya.

“Apabila saya bangkitkan di Parlimen (awal hari ini) Timbalan Menteri Dalam Negeri (Ismail Mohamad Said) dan pegawai berkenaan emudian memaklumkan kepada saya bahawa larangan ke atas saya adalah atas arahan kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Ini adalah kali ketiga Ngeh dilarang ke Sarawak. Kali pertama, pada April, 2016, dia telah dihantar pulang selepas mendarat di Kuching, menjelang pilihan raya negeri sebelum ini. Dia sekali lagi dihantar pulang buat kali kedua pada 2018 selepas mendarat empat hari sebelum PRU14.

Sementara itu, Wong Chen dari PKR berkata permohonannya ke Sarawak juga telah ditolak.

“Saya sepatutnya berada di dalam pesawat sekarang untuk ke Kuching tetapi pas masuk saya ke Sarawak telah ditolak malam tadi,” tulisnya dalam catatan Facebook.

Ahli Parlimen Subang itu merungut kerana dia kerugian apabila wang RM1,200 untuk membeli tiket penerbangan kelas ekonomi berkenaan sudah tidak dapat digunakan.

Wong tidak menyatakan jika pihak berkuasa memberi sebarang alasan di sebalik penolakan itu.

Setakat ini, beberapa pemimpin pembangkang lain dari Semenanjung Malaysia telah dibenarkan ke Sarawak semasa tempoh berkempen. Antara mereka, termasuk Ahli Parlimen PKR Pandan Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok. Mk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Ngeh dan Wong Chen dilarang ke Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker