Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’



TANGKAP layar seorang pelajar menumbuk perut mangsa.

PETALING JAYA: Warganet meluahkan perasaan kesal apabila masih terdapat segelintir pelajar yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian buli sebelum ini yang ada dalam kalangan kes sehingga membawa kepada kehilangan nyawa.

Dalam klip rakaman yang dimuat naik dalam laman media sosial, pelajar-pelajar tersebut yang juga penuntut sekolah berasrama mengepung mangsa dan menumbuk perut mangsa sambal tertawa sesame mereka.

Seorang pengguna Twitter, Ekax_ menyelar perbuatan pelajar-pelajar itu tidak mengambil iktibar akan kejadian yang pernah menggempar negara sebelum ini dan meluahkan perasaan sakit hatinya melihat mangsa.

“Ini kalau anak orang mati lepas tu cakap tak ada niat membunuh? Lepas tu bebas tali gantung? Lepas tu sampai bila nak habis gejala buli ni? Sakitnya hati aku.

Rata-rata pengguna lain yang melihat klip rakaman tular itu senada dengan Ekax_ masing-masing meluahkan perasaan kecewa dan meminta informasi sekolah mereka dikemukakan bagi memudahkan mereka melakukan laporan polis untuk tindakan.




“Cukup-cukuplah bagi muka dekat pembuli ni. Banyak sangat dah kes macam ni. Masukkan dalam penjara. Biar gelap terus masa depan. Kalau mangsa dah mati mula lah cakap membunuh tanpa niat lah, laptop hilang lah. Geramnya tengok,” ciap jllmisai.

“Asrama mana ni? Sekolah mana ni? Universiti ke ni? Tag tag. Kutip semua bakal-bakal gangster ni masuk lokap, biar kena tahanan reman,” ciap obaidiahabdull.

“Apalah keji sangat perangai, ingat hebat ke buat anak orang macam tu. Ni nak kira salah mak bapak tak reti mendidik ke apa? Betul la makin nak kiamat makin ramai orang jahat. Semoga semua pelaku dapat balasan yang setimpal,” ciap syafiyy.

“Pembuli dah memang b0#oh. [email protected]!h lagi yang back up semata-mata nak lindungi dan jaga nama baik maktab sendiri. Sama kes seperti yang backup sebuah universiti sebelum ini,” ciap NizamArif_.

“Jangan bagi muka. Tak payah tarik balik. Biar polis pergi cari. Biar orang sedar buli is not something simple. Kalau pecah organ budak tu dorang boleh buat apa. Jadah betul. Belajar tinggi-tinggi bodoh melantun-lantun,” ciap aloyahchapowa.




Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak



Leave a Reply

Your email address will not be published.