PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri

PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri

KUCHING- Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju tidak boleh menarik diri untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, calon pilihan raya tidak boleh membuat keputusan menarik diri selepas penamaan calon selesai pada pukul 10 pagi.



“Ini seperti yang termaktub di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Sekiranya calon menyatakan hasrat untuk menarik diri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan nama beliau daripada pencalonan dan namanya akan terus kekal pada kertas undi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook tadi.

Menurut Dr. Wan Junaidi, Ali masih akan diumumkan sebagai pemenang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian sekiranya mendapat undian tertinggi walaupun selepas penarikan diri.

“Saya mencadangkan agar Datuk Ali meneruskan kempen dengan memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik.



“Ini adalah langkah terbaik untuk memastikan pengundi tidak berada di dalam keadaan keliru,” jelasnya.

Semalam, Ali membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di Krian.

Ali membuat kejutan pada hari penamaan calon Isnin lalu apabila bertanding sebagai calon Bebas di Krian sekali gus bertentangan dengan prinsip dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk tidak bertanding di Sarawak. K Online

PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram



‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker