PrnSarawak: Jangan salah pilih burung

PrnSarawak: Jangan salah pilih burung

Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat perlu teliti ketika memilih logo parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), 18 Disember ini.

Ini kerana dua parti yang bertanding di kawasan terbabit, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) menggunakan burung kenyalang sebagai logo.

Justeru, calon GPS, Datuk Seri Fatimah Abdullah berharap pengundi tidak keliru apabila melihat dua logo burung kenyalang yang terpampang pada kertas undi.

“Memang ada sedikit kebimbangan akan berlaku kekeliruan kalangan pengundi berhubung logo yang hampir sama itu, namun kami di pihak GPS yakin pengundi lebih mengenali burung kenyalang GPS.

“Pada masa yang sama kami menerusi jentera K11 (jentera kempen wanita) berterusan mengingatkan pengundi mengenai bentuk logo GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Baru, di sini, hari ini.


Calon GPS bagi DUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah beramah mesra dengan penduduk Kampung Baru, Dalat.

Fatimah menghadapi saingan satu lawan satu daripada calon PBK, Salleh Mahli dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi DUN Dalat yang disandangnya selama empat penggal sejak 2001.

Mengenai kempen GPS di DUN Dalat yang termasuk antara 64 kawasan yang dibenarkan berkempen secara fizikal, Fatimah berkata, pihaknya menggunakan dua kaedah iaitu secara maya dan bersemuka.

“Cuma kami tidak mengadakan ceramah. Kami kempen secara bersemuka dengan turun padang dan berjalan-jalan untuk menemui pengundi.

“Ceramah sudah saya jalankan di kampung dan ranting (cawangan bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) sebelum penamaan calon dahulu lagi yang bermakna semua kawasan sudah saya lawati untuk berceramah,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukannya turut dimantapkan dengan peranan yang dimainkan Unit Media dan Unit Sukarelawan Media GPS N56 Dalat yang giat menjalankan kempen secara maya.

“Mereka menumpukan kempen terhadap kumpulan tertentu khususnya golongan belia menerusi media sosial.

“Saya sendiri meneruskan kunjungan dari kampung ke kampung bagi memantapkan usaha yang sudah kami laksanakan sebelum ini,” katanya.

Selain itu katanya, GPS menerusi K11 turut menjalankan kajian sikap di semua ranting bagi mengenalpasti tahap sokongan.

“Hasil kajian sikap itu kita boleh menilai berapa yang menyokong, banyak mana yang atas pagar dan berapa ramai pula yang bukan penyokong atau kategori hitam.

“Kajian itu juga meliputi apa isu berbangkit di sesuatu kawasan dan apabila K11 mengesan isu itu, saya akan pergi ke sana untuk berusaha menyelesaikannya,” katanya. BH

PrnSarawak: Jangan salah pilih burung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker