Kerjasama PN seperti retak menanti belah

Kerjasama PN seperti retak menanti belah

UMNO tidak gentar untuk berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) apabila parti tersebut melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama berbanding Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut memang diduga kerana salah sebuah parti komponen PN, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah bersama-sama PH.

Perkara tersebut nyata bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini yang menyatakan BN bukan musuh utama PN dan ketiadaan pemimpin Pas pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu semalam menunjukkan ada perpecahan dalam kalangan parti komponen PN.

“Kelihatan mungkin telah ada retak menanti belah dalam kalangan mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Walimatulurus Perdana anjuran Pejabat Agama Pontian di Dewan Serbaguna Benut, dekat sini hari ini.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli partinya bahawa BN adalah musuh utama gabungan itu yang perlu dilawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu berkata, parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.

Pada 20 September lalu, Takiyuddin menyatakan Pas sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15, sebaliknya menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, BN juga telah berdepan dengan PN dan PH dengan BN memenangi kedua-dua PRN tersebut.

“Jika ditakdirkan untuk kita berdepan sekali lagi dengan kedua-dua parti tersebut (PN dan PH), BN bersedia untuk menghadapi bersama komponen yang lain pada PRU15” ujarnya.

Mengenai kerjasama Muafakat Nasional (BN), beliau mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa MN belum mati, tetapi tidak subur antara lain disebabkan Pas menentang UMNO di Johor dan Melaka. Utusan

Kerjasama PN seperti retak menanti belah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker