Netizen puji kenyataan berani Ismail untuk hapuskan kuasa veto

Netizen puji kenyataan berani Ismail untuk hapuskan kuasa veto

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77 di New York yang mengusulkan penghapusan kuasa veto mendapat pujian warganet.

Bahkan, kesediaan Perdana Menteri berucap menggunakan bahasa Melayu sekali gus menjadi pemimpin Malaysia pertama yang berucap dalam bahasa kebangsaan di PBB dan didengari di seluruh dunia turut mendapat pujian.



Berdasarkan maklum balas dalam TikTok Edisi 9 (@edisi9official), rata-rata memuji ketegasan Ismail Sabri yang mengkritik PBB dan kuasa besar dengan mengusulkan agar kuasa veto dihapuskan.

Salah seorang pengguna akaun TikTok dengan nama Sufk berkata, kenyataan Perdana Menteri amat tepat kerana disebabkan kuasa besar, banyak negara yang perlu menyokong kuasa besar berkenaan.

“Tepat sekali, disebabkan kuasa besar, banyak negara yang kena ikut dia, banyak yang kena sokong dia, kalau tak problem (masalah) ekonomi, masalah keselamatan, kuasa besar tak telus,” kongsi Sufk.

Baca juga: PM jamin gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei ini
Bagi 13 pula, dia menyifatkan Ismail Sabri sebagai PM pertama yang paling berani.



“Inilah PM pertama Malaysia paling berani, salute respect. Semoga kekal memimpin Malaysia,” kongsi 13.

Manakala, bagi Balck_ninja7788, baginya suara dan pendapat perlu dilontarkan.

“Mantap… suara dan pendapat perlu dilontarkan, dengar tak dengar tu nombor 2,” kongsinya.

Dalam pada itu, netizen turut memuji Ismail Sabri menggunakan Bahasa Melayu dalam perhimpunan antarabangsa berkenaan.



Pengguna akaun TikTok dengan nama Cahayacleaning, beliau memuji dengan pendirian Ismail Sabri.

“Macam ni lah, ada pendirian sendiri, martabatkan bahasa bangsa.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam ucapannya di UNGA menegaskan konflik dan krisis yang berlaku di dunia ini termasuk di Ukraine, Palestin dan Myanmar, tidak dapat diselesaikan akibat kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB.

“Masalah yang paling besar di PBB adalah Majlis Keselamatan. Kuasa veto seringkali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.



“Ia tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi. Ini menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap Majlis tersebut.

Selaras dengan prinsip satu negara satu undi menurut beliau, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan.

“Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya,” tegasnya. E9

Netizen puji kenyataan berani Ismail untuk hapuskan kuasa veto




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker