Bawa ke Parlimen jika mahu pinda Akta Pertubuhan – Zahid

Bawa ke Parlimen jika mahu pinda Akta Pertubuhan – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) perlu dibawa semula ke Parlimen jika ada pihak mahu ia dipinda.

Katanya, Akta Pertubuhan 1966 merupakan satu akta diluluskan oleh Parlimen dan perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada dewan itu.



“Kalau ada tidak setuju, kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah akta dan ia diluluskan oleh Parlimen.

“Maka kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu.

Sementara itu merujuk kepada kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN, beliau memberitahu Umno akan mengadakan perbincangan secara dalaman selama tiga hari, bermula malam ini di setiap negeri yang terlibat.



Enam negeri akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. FMT

Bawa ke Parlimen jika mahu pinda Akta Pertubuhan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone



Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker