Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan

 

Tangkap layar video tular yang memaparkan Charles mengamuk apabila pen yang digunakan kebocoran dakwat. – Daily Mail

LONDON –  Monarki Britain, Raja Charles III menjadi tumpuan pengguna media sosial apabila rakaman video menunjukkan baginda melepaskan kemarahan hanya kerana dakwat  pen yang digunakan bocor , lapor portal berita MailOnline semalam.

Menerusi video tular berkenaan, Charles dikatakan sedang duduk dan bersedia untuk menurunkan tanda tangan pada buku kehadiran diraja di Istana Hillsborough, Ireland Utara.

Semasa baginda mula menulis tanda tangan, dakwat pen tersebut bocor dan mengenai tapak tangannya.

“Beta sangat tidak berkenan dengan kejadian seperti ini.

“Setiap kali beta mahu menurunkan tanda tangan, pasti pen yang diberi akan bocor,” getus Charles sambil mengelap tapak tangannya dengan sapu tangan.

Isterinya, Camilla menenangkan keadaan apabila meminta baginda beralih dan menukar pen dengan segera sebelum menurunkan tanda tangannya pada buku tersebut sementara Charles menenangkan diri.

Hanya tiga hari sebelum itu, Charles dirakam dalam situasi berang serupa apabila menyuruh pembantu diraja membersihkan meja yang menjadi lokasi baginda menandatangani Proklamasi Pertabalan yang secara rasmi menjadikannya monarki  baharu United Kingdom (UK) dan Komanwel. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker