Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu

Finaz Yunus bagi pandangan

Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu

“Usah kita jadi ‘bahan penyedap’ buat musuh agama membusukkan lagi nama Islam.”

Demikian tegas pengacara TV, Finaz Yunus susulan pendakwah selebriti yang ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Finaz menerusi hantaran di Instagram turut bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, yang memberi empat nasihat kepada pendakwah selebriti bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral dan tidak lagi dipercayai masyarakat.

Finaz yang juga bekas pengacara TV Alhijrah berkata, pendakwah selebriti perlu menggalas tanggungjawab dengan baik dan amanah.

“Terima kasih YB Menteri Agama. Selaku pengamal media yang sering menerima berita pertama berkenaan salah laku membabitkan golongan agamawan, saya amat berharap galaslah tanggungjawab kalian dengan baik dan penuh amanah.

“Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian, tinggalkan dan cabutlah gelaran Pencetus Ummah, Imam Muda, Murabbi, Ikon dakwah , Ustaz, Muir dan sebagainya. Carilah kerjaya lain.

“Gelaran itu terlalu besar nilai dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Anda membawa imej Agama Islam. Tidak sekadar populariti dijemput ke sana sini. Cukuplah Islam difitnah oleh musuhnya,” katanya. HM

Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker