Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta

Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta

Filem Abang Long Fadil 3 mencatat kutipan RM10 juta selepas ditayangkan sejak Khamis lalu.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan itu membawa visi mereka dalam menghasilkan filem dengan nilai hiburan terbaik buat penonton.



“Syukur atas sambutan memberangsangkan untuk filem Abang Long Fadil 3. Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami adalah mempersembahkan filem yang dihasilkan dan ia mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.

“Sejak ditayangkan, kami sudah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas mereka menyaksikan filem ini dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” katanya.

Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof menampilkan lakonan Zizan Razak dan Johan Raja Lawak.

Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker