Kepala mangsa serangan buaya ditemui

Kepala mangsa serangan buaya ditemui

SANDAKAN: Bomba hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna, kira-kira 300m dari lokasi kejadian.

Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa, yang hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya kira-kira 6 petang pada Jumaat di sungai kawasan setinggan itu.

“Mangsa yang dikatakan menaiki rakit diperbuat daripada buluh cuba menyeberangi sungai untuk ke rumahnya yang terletak 100m dari tebing sungai.

“Ketika menyeberangi sungai, mangsa disyaki disambar oleh seekor buaya dan sempat menjerit meminta tolong, namun hilang daripada pandangan saksi,” katanya. FMT

Kepala mangsa serangan buaya ditemui


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker