Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas

ATHENS, GREECE – Sebuah kapal layar mewah yang dinamakan 007 karam selepas terkandas di sebuah pulau di Greece dalam kemalangan yang berlaku pada malam Jumaat lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kapal mewah sepanjang 48.7 meter (m) itu melanggar batu di Pulau Kythnos, menyebabkan badannya senget. Kesemua lima penumpang 007 dilaporkan berjaya diselamatkan.

Kapal layar mewah bertemakan James Bond dan mempunyai pad helikopter itu dirakam berada dalam keadaan separa tenggelam kira-kira 15 meter  dari Pantai Kolona.



Menurut laporan, 007  terlanggar batu sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) yang  menyebabkan air laut melimpah masuk ke bahagian dalam kapal ketika anggota-anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan penumpang.

Sistem pengesanan global (GPS) pada kapal 007 itu dikatakan gagal berfungsi dan menurut seorang pemilik bot tempatan, kaptennya mengemudi  kapal layar tersebut mendekati pantai.

“Ketika berusaha untuk memastikan kapal tidak tenggelam, kaptennya mengemudi kapal menuju kawasan pantai pada kedalaman kurang 10 meter. Begitulah bagaimana kapal layar itu boleh berada pada kedudukan tersebut (terkandas).

“Tiada penumpang cedera. Pasukan pengawal pantai  segera menyedari kemalangan itu dan  terus menghantar bantuan pada hari kejadian,” kata individu berkenaan.



Keesokan harinya, mereka memasang perimeter antipencemaran di sekeliling kapal layar berkenaan.

“Nampaknya tiada sebarang tumpahan minyak atau kerosakan pada lokasi tersebut,” ujarnya.

Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi menentukan punca kejadian.

Kapal 007 itu belayar dengan mengibarkan bendera Britain, namun pemiliknya adalah seorang ahli perniagaan dari Switzerland yang identitinya kekal misteri. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker