Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol

Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang menangis apabila anaknya memasukkan air ke dalam tangki petrol motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @internonaa.



Berdasarkan rakaman tersebut, wanita itu membuka penutup tangki minyak motosikalnya dan mendapati ia dipenuhi air.

Dia memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan anak kecilnya walaupun baru sahaja mengisi penuh minyak di kedai.

Dia juga mengetahui perbuatan itu apabila mendapati lantai di kawasan tersebut basah dan berbau minyak.

Wanita itu turut dilihat mencelupkan jari ke dalam lubang tangki minyak untuk memastikan bahawa ia dipenuhi air.



Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Anak pintar bantu ibu mencuci tangki minyak,” kata seorang netizen.

“Sakit tidak berdarah,” komen netizen lain. K Online

Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)



Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker