Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)

Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Intan Nurdiyana yang merupakan seorang jurusolek telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Intan menceritakan pengalamannya menjadi jurusolek kepada seorang pengantin yang kehilangan bapanya 3 jam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Menurut Intan, perancangan awal sepatutnya majlis bermula selepas waktu solat isyak, namun pada pukul 4:30 petang pengantin itu telah memaklumkan bahawa ayahnya baru sahaja meninggal dunia.

Dia tak nak teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpaksa diteruskan sebab semua dah tersedia. Siapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu.

Malah, apa yang lebih menyayat hati apabila jurusoleh itu sampai di lokasi majlis, pengantin yang bernama Teha Rahman itu masih lagi menangis kuat selain matanya sudah membengkak.

Bukan itu sahaja, suasana di dalam rumah juga terasa hiba apabila ahli keluarga juga cuba untuk menahan tangisan selain ruang tamu yang masih berbau kapur barus dan terdapat tilam yang digunakan untuk meletakkan jenazah.

Ya allah, kuat betul dia, dalam waktu makeup dia tahan dari nangis, redha dan kelihatan sangat letih. Tapi dia betul-betul redha, tenang dan mampu tersenyum.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mengundang sebak buat rata-rata orang ramai yang turut menitipkan kata-kata semangat kepada pengantin itu selain mendoakan arwah bapanya. Bn

Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker