Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy

Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu meminta maaf kepada Badan Perhubungan UMNO Kedah berhubung isu jemputan ke Muktamar Tahunan Pas di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya konsisten bahawa tiada jemputan dalam sebarang medium dikemukakan kepada Badan Perhubungan UMNO Kedah.



“Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, kenyataan Setiausaha Agung Pas adalah serius dan tidak dapat diterima kerana secara terang dan jelas beliau ada menyebut bahawa jemputan telah dikeluarkan secara fizikal kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

“Saya menolak sekiranya ada pihak yang menyifatkan isu ini terlalu ‘kecil’ untuk diperbesarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Takiyuddin menegaskan, jemputan untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-68 kepada rakan Muafakat Nasional (MN) iaitu UMNO, MCA serta MIC telah dihantar sebelum 20 Ogos lalu.

Jelas beliau, surat undangan itu dihantar secara rasmi di ibu pejabat tiga parti berkenaan selain satu jemputan secara maya dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.



MalaysiaGazette kelmarin melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendakwa Pas tidak menjemput UMNO negeri menghadiri muktamar tersebut.

Shaiful Hazizy menambah, perkara itu melibatkan soal reputasi dan prinsip manakala ‘penipuan’ adalah sesuatu yang tidak sepatutnya diterima dalam sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam.

“Pesanan saya kepada Setiausaha Agung Pas, bercakap benarlah walaupun ia pahit,” katanya. MG

Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker