Pas perlu hormati pendirian UMNO tak mahu kerjasama – Shamsul Anuar

Pas perlu hormati pendirian UMNO tak mahu kerjasama – Shamsul Anuar

Tindakan Pas yang mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) namun pada masa sama tetap bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah mahu memecahbelahkan UMNO.

Pandangan itu dilontarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang memberitahu, partinya mempunyai pendirian yang jelas untuk tidak bersama dengan Bersatu.



Pas pula, katanya, dilihat seolah-olah masih tidak memahami pendirian UMNO itu. “Gayanya Pas mahu pecah belahkan UMNO. Kenapa Pas masih tidak memahami keputusan yang dibuat oleh UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 telah buat keputusan tidak akan bersama Bersatu. “Ini pendirian UMNO bukan kehendak individu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pengarah Komunikasi BN itu berkata, MKT UMNO turut memutuskan bahawa parti itu bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Ini sudah sangat jelas. Maka hormatilah pendirian UMNO.

Janganlah kerana mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya Pas pentingkan penyatuan ummah. Lantas gambarkan UMNO menolak penyatuan,” ujarnya.



Dalam pada itu, Shamsul Anuar menegaskan, keputusan dilakukan sudh tentu berasaskan kepentingan UMNO.

“Persoalannya, kalaulah Pas benar-benar ikhlas mahu menyatukan Melayu Islam. Ajak sajalah Amanah sekali,” tambahnya. MG

Pas perlu hormati pendirian UMNO tak mahu kerjasama – Shamsul Anuar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker