PAS sasar jadi ‘king maker’ sebab mahu ugut kerajaan – Anwar

PAS sasar jadi ‘king maker’ sebab mahu ugut kerajaan – Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata PAS mengambil pendekatan berbahaya dengan menyasarkan menjadi ‘king maker’ dengan menang 40 kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 kerana mereka boleh mengugut kerajaan bagi mendapatkan jawatan menteri.

“Itu satu pendekatan merbahaya kerana akan memberikan ugutan. Umpamanya (dengan menjadi) ‘king maker’, maknanya kami (PAS) nak scam (jawatan) menteri, kami nak scam kedudukan seperti mana berlaku sekarang



“Yang kita nak ialah parti yang kemukakan dasar yang jelas,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah majlis di Parlimen hari ini.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor berkata partinya menumpukan pada 80 kerusi parlimen yang akan ditandingi pada PRU ke-15, dengan menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya di 40 kerusi.

Katanya, dengan 17 ahli parlimen ketika ini, PAS mempunyai tiga menteri dan lapan timbalan menteri.

Justeru, tambahnya, PAS akan mempunyai lebih banyak pengaruh sekiranya mempunyai 40 kerusi.



Mengulas lanjut, Anwar berkata, parti politik seharusnya mempunyai dasar yang menyasarkan untuk menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta isu ekonomi.

“Hal-hal ini bagi saya lagi utama. Kalau cakap soal slogan, sama ada (parti) Islam atau ‘king maker’, sepatutnya kita tengok hal kegiatan perjudian, di bawah kerajaan sekarang yang PAS sertai dengan beberapa menteri kanan, lebih parah berbanding dulu.

“Selain tu ialah soal ekonomi, pengangguran, kemiskinan,” katanya.

PAS sasar jadi ‘king maker’ sebab mahu ugut kerajaan – Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker