Kena ‘Palau’, Pengetua SMK Senaling akan ambil tindakan undang-undang

KUALA PILAH: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, di sini yang dikaitkan dengan gambar tular pemasa­ngan kain rentang di sekolah itu memberi masa selama 48 jam untuk individu terlibat tampil memohon maaf.

Pengetua terbabit, Normah Mohd. Nor berkata, beliau mengambil maklum tentang penyebaran kain rentang dan hantaran-hantaran di media sosial yang berbaur fitnah ke atas dirinya dan membuat satu laporan polis supaya siasatan dimulakan.

Menurutnya, beliau juga melantik peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit kerana ia melibatkan maruah dirinya dan imej sekolah secara keseluruhan.



Katanya, tindakan undang-undang juga akan diambil kepada individu dan akaun Facebook yang telah menularkan perkara itu di pelbagai platform media sosial.

“Saya memberi masa selama 48 jam kepada pihak yang terlibat melakukan serangan dan fitnah ini tampil bertemu saya untuk memohon maaf.

“Walaupun sebagai seorang pentadbir namun saya juga tetap manusia yang mempunyai timbang rasa. Tekanan kepada saya tidak mungkin membuatkan saya berganjak daripada mencari kebenaran dan menyatakan hak saya sekali gus menghilangkan fokus saya untuk mengembalikan kecemerlangan di SMK Senaling,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, semalam.

Sejak kelmarin, tular di media sosial gambar yang memaparkan kain rentang yang dipercayai dipasang di SMK Senaling, yang didakwa daripada guru-guru sekolah tersebut.



Menerusi kain rentang itu, ia mendesak pihak Kementerian Pendidikan; Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Kuala Pilah mengambil tindakan memindahkan segera Pengetua sekolah dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan.

Langkah itu didakwa bagi mengelakkan lebih ramai guru sekolah terbabit berada dalam keadaan tertekan.

Menurut Normah, pihaknya menafikan dengan tegas atas tuduhan yang disebarkan tersebut yang jelas sekali tidak benar, berniat jahat, dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya dan sekolah.

“Sebagai pengetua, saya dengan sepenuh hati menggalas amanah apabila ditempatkan di sekolah ini yang sudah lapan bulan tiada pengetua.



“Sebagaimana lazimnya, saya telah membuat penstrukturan semula yang mana saya percaya telah mengundang kepada serangan ke atas diri saya dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

“Saya terbuka untuk berbincang sebelum ini tetapi tidak akan berkompromi kepada individu yang culas dan sambil lewa dalam bekerja termasuk tidak menunjukkan prestasi baik sepanjang perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani mengesahkan menerima laporan daripada seorang guru berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, laporan itu diterima kelmarin iaitu pada hari sama gambar kain rentang itu tular di media sosial.



“Kain rentang berkenaan telah diturunkan dan laporan polis juga dibuat. Kes ini telah diserahkan kepada pihak PPD Kuala Pilah. Isu ini merupakan isu dalaman sekolah sahaja dan diserahkan kepada PPD bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Mingguan Malaysia melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan meminta PPD Kuala Pilah melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pemasangan kain rentang itu.

Menurut Adnan, beliau dimaklumkan, pihak PPD Kuala Pilah telah pun ke sekolah tersebut dan bertemu dengan guru-guru bagi mengetahui isu yang berlaku dan difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh pihak yang didakwa.

Katanya, pihak PPD Kuala Pilah memaklumkan, terdapat guru yang tidak berpuas hati dan kurang senang kerana kain rentang itu yang seolah-olah mengaitkan semua guru di sekolah tersebut terlibat dalam pemasangan kain rentang itu. – UTUSAN



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker