Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO

Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO

Seorang perwakilan dari Johor menegur kepimpinan PAS yang kurang mengkritik Bersatu jika parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu bertindak membelakangkan PAS.

Ketika membahaskan usul tergempar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) perwakilan itu berkata, tindakan kepimpinan PAS yang kerap mengkritik Umno berbanding Bersatu dilihat tidak sejajar dengan semangat penyatuan ummah menerusi platform Muafakat Nasional (MN) yang dilaungkan kepimpinan parti.



“Sebelum ini kita banyak kritik Umno…kritik Umno, tegur Umno, kita kurang tegur Bersatu, kita kurang kritik Bersatu sekiranya mereka bersalah. Betul tak?,” katanya yang menerima sorakan perwakilan lain.

Justeru, atas semangat menyelamatkan 27 kerusi berisiko agar tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, beliau menggesa platform MN diperkukuhkan dan mendesak kepimpinan parti jujur dengan Umno.

“Sebab itu, kita nak kejujuran kita (PAS) dalam MN. Saya cadangkan, supaya kita jujur betul-betul untuk bersatu dengan Umno,” katanya.

Katanya, fokus mengenai MN perlu diperluaskan daripada hanya berkisar politik kepada dakwah dan tarbiyah (pendidikan) agar gerakan MN dapat direalisasikan.



Secara keseluruhan, Muktamar Pemuda PAS di Kedah kali ini sebulat suara tiga usul utama termasuk meluluskan 30% calon muda perlu diangkat dalam PRU15.

Usul dari Bangi itu dibentangkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK), Afif Nur Fuza yang menyifatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pemilih bagi individu berumur 18 tahun ke atas akan menentukan kemenangan signifikan kepada sesebuah parti dalam PRU.

Justeru, katanya PAS perlu memberi peluang kepada anak muda untuk dijadikan wakil rakyat, yang akan meramaikan anak muda PAS dalam barisan legistatif untuk menentukan dasar dan polisi negara.

“Atas dasar itu, semua anak-anak muda ini wajar diberikan peluang bagi mewakili PAS dalam PRU, sama ada untuk menjadi calon Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri,” katanya.



Dewan Pemuda juga meluluskan usul tergempar yang mendesak muafakat politik dalam kalangan parti Melayu dan bukan Melayu tidak ekstrem diperkukuhkan untuk menyelamatkan negara daripada situasi ekonomi yang kian meruncing.

Pemuda PAS juga bersetuju PN dan parti komponen bersama PAS menolak sebarang kerjasama dengan PH yang jelas mengancam kestabilan dan keamanan negara.

Usul turut diterima sebulat suara oleh 800 perwakilan yang hadir adalah usul antarabangsa yang mana PAS perlu tampil sebagai gerakan Islam untuk menggerakkan penyatuan ummah merentasi sempadan negara dan benua. FMT

Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker