Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)

Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)

BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa tidak ketinggalan tampil mengibar Jalur Gemilang meliputi keseluruhan reka bentuk ikonik itu.

Detik indah tersebut dikongsikan sendiri oleh Burj Khalifa menerusia Facebook rasminya, malam tadi.



Malah, bukan sahaja kibaran Jalur Gemilang itu turut diiringi lagu Negaraku yang berkumandang di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi perkongsian tersebut, pihak Burj Khalifa mendoakan kesejahteraan dan kemajuan buat negara Malaysia.

“Malam ini kami nyalakan Burj Khalifa bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, kami mendoakan pertumbuhan dan kestabilan yang lebih pesat.

“Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat Malaysia,” tulis kapsyen itu.



Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berterima kasih akan jasa baik pihak Burj Khalifa.

Tangkap layar komen Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata rakyat Malaysia turut berbangga akan kibaran Jalur Gemilang ini.

“Thank you from Malaysia! 🇲🇾 Alhamdulillah,” tulis Sabba Murni

“Thank you Dubai. Menara yg cantik bergema lagu Kebangsaan..,” ujar Nor Aini.



“Thank you… Alhamdulillah, may Allah SWT bless Malaysia always….ameen,” kata Mohd Izham. UTV

Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker