Sesalan selepas tukar jantina

Sesalan selepas tukar jantina

Seorang wanita Australia yang membuat keputusan menukar jantina kepada lelaki menyaman pakar psikiatri selepas menyedari tindakannya itu satu kesilapan.

Jay Langadinos, 31, mengambil tindakan undang-undang itu selepas dia kesal tidak boleh memiliki zuriat berikutan pakar terbabit meluluskan rawatan hormon wanita kepada lelaki selepas hanya satu sesi kaunseling.



Wanita itu, itu menandatangani dua pembedahan membuang payudara dan rahimnya pada usianya 19 tahun selepas kali pertama bertemu dengan pakar psikiatri veteran Sydney, Dr Patrick Toohey pada Mei 2010.

Pada ketika itu, dia dirujuk kepada Toohey oleh pakar endokrinnya untuk menentukan sama ada dia sesuai menukar jantina.

Pakar itu menulis, Langadinos masih sangat muda dan memerlukan kaunseling psikiatri sebelum memulakan rawatan hormon, menurut pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Agung New South Wales seperti dipetik Sydney Morning Herald.

Selepas pertemuan pertamanya dengan remaja itu, Toohey membuat kesimpulan, Langadinos mengalami disforia jantina dan sesuai untuk terapi testosteron, menurut dokumen itu.



Langadinos membuat janji temu dengan Toohey pada Februari 2012 dan dia memberitahu tidak sabar untuk menjalani pembedahan untuk membuang payudaranya.

Sebulan kemudian, Langadinos bertemu dengan Toohey buat kali ketiga dan terakhir untuk berbincang mengenai cara membuang rahimnya.

Menurut tuntutan mahkamah, Toohey menulis dia tidak dapat menemui kontraindikasi pakar psikiatri untuk meneruskan histerektomi (pembuangan rahim secara pembedahan).

Ia sebagai sebahagian daripada usaha menukar jantina dan ia membuka jalan untuk Langadinos ketika itu usianya 22 tahun menjalani pembedahan berkenaan.



Kini, hampir sedekad peristiwa itu berlalu, Langadinos menyaman Toohey kerana dakwaan kecuaian profesional, antara lainnya, tidak mengesyorkan dia mendapatkan pendapat kedua sebelum histerektominya.

Namun, pemfailan mahkamah menyatakan, Toohey mengesyorkan Langadinos mendapatkan terapi sosial dan keluarga, tetapi dia tidak mengendahkan cadangan itu dengan meneruskan dan menandatangani dua pembedahannya.

Pada ketika pertemuan dengan Toohey, pakar psikiatri itu melaporkan dia tertekan apabila dipaksa berpakaian sebagai seorang gadis di sekolah rendah, berperangai tomboi, rasa terasing dan meninggalkan sekolah pada usia 11 tahun.

Langadinos mengatakan pada 2016 iaitu empat tahun selepas histerektominya, dia menerima rawatan psikiatri daripada doktor lain sebelum menyedari dia tidak sepatutnya menjalani terapi hormon atau pembedahan pertama dan kedua berkenaan.



Dalam sesi temu bual bersama saluran berita, Australia Age dan the Sydney Morning Herald, wanita itu berkata, dia membuat keputusan menukar jantina selepas menyedari dia tertarik dengan gadis selain tidak berpuas hati dengan dirinya sebagai seorang wanita. HM

Sesalan selepas tukar jantina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker