Rangka dinosaur terbesar ditemui

Rangka dinosaur terbesar ditemui

Lisbon: Sebahagian fosil milik dinosaur terbesar yang pernah ditemukan di Eropah, sedang digali semula di sebuah taman di Portugal.

Pada 2017, rangka fosil sauropoda ditemui di pusat bandar Pombal ketika seorang lelaki memulakan kerja pembinaan di rumahnya.

Sauropod bukan hanya kumpulan dinosaur terbesar, malah haiwan darat terbesar yang pernah hidup.

Haiwan berkenaan memiliki leher dan ekor panjang.

Awal bulan ini, ahli paleontologi dari Portugal dan Sepanyol menemui bahagian tulang belakang dan rusuk yang kemungkinan sauropod brachiosaurid.

Ia menggambarkan reptilia besar itu mempunyai ketinggian kira-kira 12 meter dan 25 meter panjang.

Rangka itu ditemukan dalam batuan sedimen Jurassic Teratas, menunjukkan ia berusia kira-kira 150 juta tahun.

Ia kini sedang dikaji pasukan penyelidik antarabangsa.

Kedudukan rangka yang agak utuh menyebabkan ahli paleontologi yang terbabit dalam kerja penggalian itu berharap supaya lebih banyak lagi yang akan ditemukan.

Penyelidik di Fakulti Sains, Universiti Lisbon, memberitahu laman web, Phys.org, ia bukan situasi biasa untuk menjumpai semua tulang rusuk haiwan berkenaan, apatah lagi dalam keadaan apabila ia mengekalkan kedudukan anatomi asalnya. HM

Rangka dinosaur terbesar ditemui


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker