Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuang di pentas sempat dirakam kamera ketika dia membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam.

Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas.

“Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa ‘perform’ dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu,” tulis pengguna Yazid Yacob.

Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen.

Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu.

Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

“Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak,” tulis ciknurullpompom.

“Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai,” tulis Idrul Nafiz. HM

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker