Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO

Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO

Sejak beberapa minggu ini kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim terhadap UMNO.

Sebelum ini apabila buat kenyataan beliau masih berlapik tetapi tidak sekarang.

“UMNO perlu sedar keberadaan parti itu dalam kerajaan pada waktu ini disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga tumbang”, katanya.

Hilang peluang bertanding adalah punca Umno tolak Bersatu, dakwa Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim sepatutnya sedar bahawa Pas sebelum “nikah” dengan Bersatu, Pas sudah pun ada ikatan dengan UMNO melalui MN.

Pas jangan beri alasan kerana Bersatu menyebabkan kerajaan PH jatuh. Bukan kerana Bersatu sahaja, kalau UMNO tak bersama tiada kerajaan PN.

Bersatu hanya jatuhkan kerajaan PN kerana mahukan jawatan Perdana Menteri untuk Muhyiddin.

Malah sejak kebelakangan ini Muhyiddin tanpa segan silu mengajak Pakatan Harapan dan GTA bersamanya.

Apakah Pas masih mahu membodohkan rakyat Malaysia?

Cukup-cukuplah Pas menikam belakang UMNO. Kalau dah tak boleh berpisah dengan Bersatu, umumkan sahaja secara terang bahawa Pas tamatkan hubungan dengan UMNO.

Tak perlu bak berselindung dan terus menikam UMNO dari belakang.

Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker