Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim

Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa Peguam Negara Idrus Harun meletakkan jawatan berhubung surat kontroversi yang dikeluarkan oleh pejabatnya kepada Mahkamah Tinggi.

Puad berkata, surat itu adalah bukti bahawa sistem kehakiman negara boleh dimanipulasi.



“Surat itu perlu disiasat dan peguam negara mesti letak jawatan,” katanya di Facebook.

Awal minggu ini, surat bertarikh 29 Ogos yang ditulis oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob kepada hakim Collin Lawrence Sequerah menjadi tular.

Dalam surat itu, Malik berkata, beliau diarahkan untuk meminta Sequerah mengutamakan perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi berbanding perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak.

Bagaimanapun, Malik telah menarik balik surat itu.



Semalam, Sequerah berkata, tiada siapa boleh menentukan kes apa yang akan diberi keutamaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Puad mendakwa ada pihak yang cuba memanipulasi badan kehakiman dan menjejaskan kerajaan.

“Pasti wujud “conspiracy at the highest level”, katanya tanpa menamakan seseorang.

Kelmarin, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim dilaporkan berkata, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat perlu meminta Harun untuk menunjukkan sebab beliau tidak patut berdepan prosiding menghina mahkamah berhubung surat itu, walaupun telah ditarik balik.



Beliau memberitahu FMT, Tengku Maimun juga perlu mendapatkan penjelasan daripada timbalan pendakwa raya yang menulis surat itu.

Beliau berkata, sifat khusus permintaan itu “membimbangkan” dan jelas menunjukkan “campur tangan politik dalam badan kehakiman”. FMT

Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker