#KeluargaMalaysia Perlu Bersatu Padu Pertahan Keharmonian – PM

#KeluargaMalaysia Perlu Bersatu Padu Pertahan Keharmonian – PM

Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Keluarga Malaysia antara lain, perlu meraikan perbezaan antara mereka serta menjadikannya sebagai satu kelebihan dan terus merapatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.



“Kita mesti terus kekal bersatu. Itulah rencah paling penting untuk kestabilan negara daripada apa sahaja pun termasuk politik.

“Jangan jadikan perbezaan itu sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan kita,” katanya pada sesi wawancara radio NASIONALfm sempena program Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Wisma Radio RTM di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Selain itu dalam wawancara kira-kira 45 minit itu, Ismail Sabri sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini berkata Keluarga Malaysia perlu mengekalkan jati diri dengan memastikan mereka bebas daripada penjajahan minda dan budaya.



“Kekalkan diri kita sebagai individu yang benar-benar merdeka kerana penjajahan baharu bukan dalam bentuk fizikal seperti dahulu tetapi penjajahan baharu adalah melalui penjajahan minda dan budaya. Kita mesti kekalkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada K-KOMM selaku Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 kerana berjaya menganjurkan sambutan pada hari ini dengan sangat cemerlang.

“Alhamdulillah, sambutan yang sangat meriah hari ini, saya tengok dari segi pertunjukan dan perarakan memang sangat baik sekali,” katanya.

Beliau turut menzahirkan perasaan terharu dengan semangat yang dipamerkan Keluarga Malaysia yang sejak malam tadi memenuhi pekarangan Dataran Merdeka untuk turut serta dalam sambutan itu.



Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua kontinjen yang terlibat dalam perarakan Hari Kebangsaan yang mempamerkan kesungguhan mereka pada acara sambutan itu.– BERNAMA

#KeluargaMalaysia Perlu Bersatu Padu Pertahan Keharmonian – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker