Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?
Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?
BARU-BARU ini, timbul dakwaan yang mengatakan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengahwini suaminya, Nabil Mahir disebabkan mengejar kekayaan.
Bagaimanapun, menurut pelantun lagu Better Than You itu, dia tidak pernah terfikir ke arah itu ketika mula-mula mengenali suaminya.
Malah, sehingga ke hari ini, setiap apa yang diinginkan, pasti dibeli dengan wangnya sendiri.
“Saya bukanlah seorang wanita yang memandang harta. Benar, Nabil ada memberikan nafkah kepada saya, tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu bergantung pada duit suami semata-mata.
“Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Nabil juga sangat kenal dengan saya yang tidak suka meminta-minta, walhal dia sering tanya kenapa tak minta sahaja daripadanya.
“Saya selesa dengan cara begini. Kalau saya beli barang, saya anggap sahaja yang ia merupakan rewards kepada diri sendiri. Cukuplah Nabil dah beri saya kasih sayang dan perhatian,” katanya.
Ayda berkata demikian pada majlis pra-tonton klip video bagi single terbaharunya, Tak Bisa Lepas baru-baru ini.
Bercakap mengenai lagu terbaharunya, Ayda berkata, single yang ditulis dan dirakamkan sekitar tiga tahun lalu itu menceritakan perjalanan kisah hidup mereka dalam menyelami isi hati dan membawa perhubungan ke fasa yang lebih serius.
“Saya tulis apa yang terlintas sepanjang perkenalan dengan Nabil dalam lagu ini sebagai memori untuk kami berdua.
“Tambahan pula, sudah agak lama juga saya tidak muncul dengan single baharu. Semoga lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar dan peminat serta pasangan yang sedang bercinta,” katanya.
Tak Bisa Lepas turut dicipta dan ditulis oleh komposer dari Indonesia, Irwan Simanjuntak. Gempak
Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas