Penculik kucing minta wang tebusan RM6,000

Penculik kucing minta wang tebusan RM6,000

Seorang lelaki berdepan ugutan selepas kucing peliharaannya diculik dan penculik turut meminta wang tebusan sebanyak RM6,000 jika mahu haiwan itu dikembalikan dengan selamat.

Memetik perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kucing itu dilaporkan hilang pada 1 Sept lalu di sebuah kawasan di Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak.

Menurut aduan pemilik, penculik mengugut untuk melemparkan kucing ke dalam sungai berdekatan jika gagal membuat bayaran wang tebusan.

“Penculik juga telah memberi amaran kepada pemilik supaya hadir membawa wang yang diminta seorang diri dan tidak membuat tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan penculik.

“Pemilik tidak mempunyai duit sebanyak yang diminta oleh penculik kucing dan hanya mampu menawarkan wang saguhati sebanyak RM200 tetapi ditolak oleh penculik kucing,” menurut hantaran tersebut.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada hari berikutnya di Balai Polis Sekama, Kuching, Sarawak.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, kes itu ialah jenayah penculikan melibatkan kucing dan wang tebusan ribuan ringgit yang pertama di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya bimbang jenayah penculikan haiwan akan berleluasa jika tiada tindakan tegas diambil pihak berkuasa.

“Bermula daripada penculikan dan ugutan tebusan terhadap kucing. Ia juga jenayah berat yang boleh menular kepada kanak-kanak dan orang dewasa lain jika tidak segera dicantas,” ujarnya. FMT

Penculik kucing minta wang tebusan RM6,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker