OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]

OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]

KECOH seketika apabila ramai yang mempersoalkan tentang broker antarabangsa, OctaFX, lantaran Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa syarikat tersebut termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA).

Lebih membimbangkan orang ramai apabila beberapa nama terkenal dipilih menjadi duta syarikat tersebut iaitu pelakon Fizo Omar dan selebriti Wak Doyok.

Bahkan ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri turut mempromosikan OctaFX

Bukan itu sahaja, terlalu banyak iklan mengenainya terpampang dan dipromosikan secara meluas di media sosial, termasuk di YouTube, sekaligus membuatkan ramai yang was-was sama ada ia adalah sebuah syarikat pelaburan sah atau sebaliknya.

Namun kini jelas apabila kemas kini daripada BNM pada 29 Ogos lalu menunjukkan OctaFX turut tersenarai dalam FCA

OctaFX ialah broker forex yang menawarkan platform untuk orang ramai berdagang forex, dan membuat copy trading

Untuk pengetahuan senarai yang dipamerkan dalam FCA terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Beberapa lagi syarikat yang baru dimasukkan ke dalam senarai pada awal tahun ini ialah BTC Pelaburan Malaysia, Al Ayuni Investment Malaysia, Preferred Trust Investment Scheme dan Madinah Mining.

Menurut BNM, senarai yang dikeluarkan adalah tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Menurut BNM lagi, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

Ia dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian sewajarnya ke atas entiti atau skim yang dilaporkan.

Sementara itu menjengah laman sesawang OctaFX, ia menyebut bahawa syarikat itu merupakan sebuah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.

Ia dikatakan telah dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, tetapi menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Malah pada muka depan laman sesawangnya juga terpampang wajah Fizo Omar dan Wak Doyok dengan video kejayaan mereka berdagang di OctaFX turut disiarkan di laman berkenaan.

Terdahulu sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memasukkan OctaFX ke dalam senarai Amaran Pelabur kerana menjalankan aktiviti pasaran saham tanpa kawal selia.

Sementara itu, seorang penasihat Takakul, Anas Fadhil menerusi laman TikTok miliknya turut mengulas secara tidak langsung mengenai OctaFX ketika ditanya netizen.

VIDEO DIBAWAH:-

“Elakkan diri anda daripada di scam oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang hanya mengambil kesempatan atas wang anda,” tulisnya pada video yang dimuat naik.

Menerusi video tersebut juga, Anas berkongsi panduan mengenai cara untuk memastikan sama ada sesebuah badan itu adalah broker ‘haram’ atau sebaliknya.

Menurutnya, orang ramai boleh mengakses laman web Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu http://www.sc.com.my dan klik pada ruangan ‘investor alert’.

“Dekat sini Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah senaraikan nama syarikat atau website yang tidak berlesen untuk menjalankan pelaburan.

“Walaupun nama syarikat itu macam boleh dipercayai, iklan berlambak di sana sini, anda tetap perlu check dahulu… sebab kalau kena tipu memang sakit hati beb lebih-lebih lagi apabila anda dah ajak member join sekali. Memang boleh putus kawan,” ujarnya lagi.

Perkongsian video tersebut meraih 259,000 jumlah tontonan di laman TikTok

OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker