Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta penjelasan Pas mengenai pendirian yang dibuat sebahagian pimpinan parti itu pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68, baru-baru ini.

Jelasnya, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat tentang isu tersebut.

“Kita akan minta (penjelasan) dalam mesyuarat (PN) malam ini. Mungkin daripada Presiden Pas ke atau Setiausaha Agung (Pas) yang ada mungkin boleh memberi sedikit penjelasan.



“Kalau ya ada perundingan atau perbincangan atau benar-benar serius dan sejauh mana perkara itu akan berlaku.” Katanya ketika ditemui media selepas hadir melancarkan Buku Autobiografi Tan Sri Ampi di sini petang tadi.

Bagaimanapun, perkara membabitkan kerjasama dengan UMNO sudah banyak kali dibincangkan bersama Pas dalam mesyuarat PN, sebelum ini, katanya.

Jelas Muhyiddin, pemerhatian beliau mendapati UMNO sendiri telah pun membuat ketetapan sejak tahun lepas untuk menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu sehingga ke hari ini.

“Sebab itu kalau dah tolak Bersatu, kita dah tubuh Perikatan Nasional dan Pas bersama kita.Jadi kita nak dapat penjelasanlah macam mana nak menghadapi terutamanya dalam pilihan raya akan datang.



“Adakah kita akan tentang Barisan Nasional (BN)? Bagi saya dah memang begitu,” katanya.

PN akan membuat ketetapan sejurus sahaja mendapatkan penjelasan daripada Pas malam ini, tambahnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker