Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin

Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku autobiografi pakar perubatan dalaman, Tan Sri Dr K Ampikaipakan, yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawanya ketika bertarung dengan kanser pankreas, empat tahun lalu.

Presiden BERSATU itu dilaporkan menghidap kanser berkenaan pada 2018 ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ketika itu, bekas Perdana Menteri itu terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan kanser di Singapura, dengan pankreasnya terpaksa dipotong 40 peratus, selain deodenum dan saluran hempedunya turut dipotong.

Mengimbau situasi ketika didiagnos dengan penyakit itu, Muhyiddin memaklumkan beliau dimaklumkan menghidap kanser ketika menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Dr Ampikaipakan, yang juga doktor peribadi dan sahabat karibnya sejak lebih 30 tahun lalu.

“Tan Sri Ampi adalah individu yang amat saya percaya untuk menjaga kesihatan saya, dan beliau juga yang telah menyelamatkan nyawa saya.

“Ini berlaku ketika saya bertarung dengan kanser. Empat tahun lalu, saya menjalani pemeriksaan darah berkala, yang kemudian mengesan petanda kanser.

“Dalam tempoh 48 jam, Tan Sri Ampi mengatur dan menguruskan semua jenis ujian, yang kemudian mengesahkan saya didiagnos dengan kanser,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran autobiografi itu di sini, hari ini.

Autobiografi setebal 211 muka surat bertajuk ‘The Doctor Will See You Now – My Life With Ampikaipakan Kandiah’, ditulis oleh isterinya sendiri, Thamayanthi Devi Ampikaipakan.

Ketika itu, Muhyiddin mengakui sukar untuk mempercayai berita berkenaan memandangkan beliau berada dalam keadaan sihat.

Namun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengakui beliau bertuah kerana kanser yang boleh membawa maut itu dikesan awal, dan mendapat segala nasihat perubatan yang amat diperlukannya daripada Dr Ampikaipakan.

“Sejak itu, beliau menjaga saya ibarat seekor helang, dan memastikan saya mendapat rawatan dan pasukan perubatan terbaik.

“Beliau juga tidak pernah meninggalkan saya. Ketika rawatan, beliau sentiasa ada di sisi dan sentiasa bertanya sama ada saya ok atau tidak,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melancarkan buku autobiografi itu, yang mengisahkan mengenai kehidupan Dr Ampikaipakan sebagai pakar perubatan serta pembabitan dan sumbangannya dalam pendidikan dan khidmat komuniti, selain kisah peribadi bersama keluarganya.

Yang turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. BH

NOTA : Muhyiddin patut tahu yang Allah SWT yang selamatkan nyawanya bukan doktor.

Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker