500kg kokain tersilap hantar ke kilang kopi

500kg kokain tersilap hantar ke kilang kopi

BERN – Polis Switzerland merampas 500 kilogram (kg) kokain yang dihantar ke kilang Nespresso.

Pekerja di kilang di Romont memaklumkan pihak berkuasa selepas menemui serbuk putih dalam longokkan guni biji kopi.

Polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian menemui lebih banyak dadah itu dalam lima kontena.

Kokain itu dipercayai dari Brazil.

Nespresso dalam kenyataannya berkata, pengeluaran kopi di kilang itu tidak dicemari oleh dadah tersebut.

“Kami mahu meyakinkan pengguna bahawa semua produk kami selamat untuk dimakan,” kata syarikat kopi itu.

Kokain yang dirampas itu adalah 80 peratus tulen dan mempunyai anggaran nilai hampir 50 juta euro (AS$53 juta).

“Ia pastinya satu rampasan besar dan boleh dikatakan tangkapan luar biasa,” kata Marc Andrey, ketua keselamatan bagi wilayah itu.

Polis tidak menolak kemungkinan kokain itu mungkin untuk pasaran Eropah. – BBC

500kg kokain tersilap hantar ke kilang kopi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker