Lelaki Malaysia cuba seludup masuk dadah ke Kelantan ditahan Polis Thailand di Sungai Golok

Lelaki Malaysia cuba seludup masuk dadah ke Kelantan ditahan Polis Thailand di Sungai Golok

Lelaki Malaysia cuba seludup masuk dadah ke Kelantan ditahan Polis Thailand di Sungai Golok
Seorang rakyat Malaysia berusia lingkungan 30-an ditahan di pekan Sungai Golok pada malam Khamis. – Foto ihsan Polis Thailand

SUNGAI GOLOK: Seorang lelaki Malaysia berusia 30-an ditahan di pekan Sungai Golok sebelum sempat menyeludup dadah ke Kelantan menerusi Pos Kawalan Imigresen dan Kastam Sungai Golok.

Suspek ditahan Rabu lalu, kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan ketika berada dalam sebuah kereta berhampiran sebuah hotel di pekan dalam wilayah Thailand itu.

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt, berkata lelaki itu ditahan bersama 20 biji pil ecstasy, 760 pil psikotropik dan kira-kira sembilan gram ketamin, dianggarkan bernilai keseluruhan RM15,000.

Beliau berkata, penahanan dibuat hasil operasi bersepadu membabitkan Polis Sungai Golok, Biro Siasatan Wilayah Sempadan Selatan serta pegawai pentadbiran Daerah Sungai Golok.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di Kelantan dan mendapatkan bekalan daripada sindiket di Sungai Golok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belanjawan 2027 Perkukuh Pelancongan Sabah


“Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah 9 menerima maklumat berhubung seorang lelaki yang memandu kereta disyaki membawa bahan terlarang itu.

“Polis bertindak mengepung kenderaan berkenaan sebelum pemeriksaan membawa kepada penemuan semua dadah itu.

“Suspek mengaku menyembunyikan dadah di dalam keretanya dan merancang menyeludup bahan itu ke Malaysia menerusi Pos Kawalan Imigresen dan Kastam Sungai Golok,” katanya.

Tambahnya, suspek berdepan pertuduhan memiliki narkotik Kategori 1 secara haram iaitu ecstasy untuk tujuan jualan serta menjual bahan psikotropik Kategori 2 secara haram iaitu ketamin dan Epam.

Lelaki Malaysia cuba seludup masuk dadah ke Kelantan ditahan Polis Thailand di Sungai Golok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker