‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi

‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi

Seorang penceramah parti politik mendakwa malaikat boleh datang membantu mengundi parti mereka jika diizinkan Allah.

Menerusi satu klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini, penceramah yang difahamkan dari Kelantan itu berkata, malaikat boleh berupa menjadi pengundi dan boleh membantu parti terbabit.



“Malaikat boleh beratur dan berdiri serta berupa menjadi manusia untuk membantu mengundi parti kita.

“Dulu pada 1990 kita menang 39-0 seperti ada persefahaman antara malaikat, jika diizinkan Allah perkara itu boleh berlaku, ” jelasnya menerusi satu ceramah umum baru-baru ini.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut menganggap ucapan tersebut tidak perlu diucapkan dan salah faham boleh berlaku.

“Macamana parti lain nak menang, dia pakai malaikat rupanya. Tolong lah jangan guna agama bahaya jika orang salah faham,” jelas Mistake Indentiti.



“Dah keluar dah fatwa puak dia, ini lah yang bahaya ni. Jangan la sampai mengarut sampai ke situ.

“Ingatlah jangan guna agama untuk raih undi, kefahaman macam ni kena siasat, bahaya ni, ” ujar Cikgu Mung. K Online

‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker