Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja



Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja

LIPIS – Permintaan yang tinggi terhadap ikan patin liar membuatkan seorang pemilik restoran Ahmad Daniar Ismail sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM1,245 bagi membeli seekor ikan patin buah.

Pemilik restoran House of Patin Kuala Lumpur itu berkata, dia yang datang ke Kuala Medang tidak teragak-agak membeli seekor ikan patin seberat 8.3 kilogram yang baru ditangkap seorang nelayan dengan harga RM1,245.

“Saya akan membawa ikan patin buah ini ke restoran di Kuala Lumpur bersama beberapa spesies lain ikan liar Sungai Jelai lain yang dibeli daripada daripada nelayan sungai kampung ini kerana stok ikan yang bermutu tinggi sudah habis dimasak (dijual) kepada pelanggan di sana.

“Kebetulan Hari Raya Aidiladha bakal tiba, restoran House of Patin yang terletak di Kuala Lumpur akan dibanjiri ramai pelanggan warga ibu kota yang gemar dengan masakan asam tempoyak ikan liar Sungai Jelai ini,” katanya di sini hari ini.




Menurut Ahmad Daniar dia sering datang ke Kuala Medang yang merupakan kampungnya untuk mendapatkan bekalan ikan sungai termasuklah patin buah, kelah, kerai, dan sebagainya.

Katanya, ikan patin buah berkenaan ditangkap oleh nelayan yang turun memancing di Sungai Jelai selepas dia membuat pesanan tiga hari lalu untuk membeli ikan sungai.

Dalam pada itu beliau berkata, ikan patin buah berkenaan akan dimasak tempoyak yang boleh dihidangkan kepada kira-kira 50 orang pelanggan. K Online

Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Leave a Reply

Your email address will not be published.