Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah

Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata, pengusulan Perjanjian Malaysia Baharu sekadar satu cadangan sahaja, berikutan kritikan seorang menteri Sarawak yang menyifatkannya sebagai “gila”.

“Saya cuma cadang dan beri pandangan. Segala keputusan terpulanglah kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menerokai jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua.

“Saya percaya bahawa keputusan itu pasti berdasarkan ‘win-win solution’,” katanya kepada FMT.

Pada 2 Julai, Mohamad mencadangkan supaya kepimpinan BN Sabah mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak serta kepentingan Sabah namun pada masa sama, menguatkan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, cadangan itu dibidas oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah dengan mengatakan bahawa pemimpin politik tidak sepatutnya mengubah perjanjian tersebut, hanya untuk kepentingan politik sahaja.

Karim turut menegaskan bahawa perjanjian MA63 adalah dokumen asas yang membawa kepada pembentukan sebuah negara.

Tambahnya, ia tidak boleh ditentukan atau ditukar secara unilateral, hanya kerana BN berkuasa di Sabah sekarang. FMT

Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker