Hujan lebat di 4 negeri



Hujan lebat di 4 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran cuaca buruk melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh dan Maran di Pahang.

Sementara itu, di Negeri Sembilan antara bahagian yang dijangka terjejas Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor melibatkan Tangkak dan Muar.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 9 pagi ini,” kata MetMalaysia.




Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. FMT

Hujan lebat di 4 negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.