Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar

SHAH ALAM – Tiga bekas ahli Parlimen UMNO yang didakwa keluar parti kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar untuk memfailkan saman terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekiranya dakwaan itu tidak benar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya, A’zlan Abu Bakar menegaskan, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar terdapat unsur-unsur penyelewengan atau salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Oleh demikian, saya cabar kepada ketiga-tiga ahli Parlimen yang disebut oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid agar menyaman Presiden jika kenyataan yang dibuat ini tidak benar dan salah sama sekali,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiga Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat oleh SPRM.

Mengulas lanjut, A’zlan berkata, ia adalah kenyataan yang cukup serius kerana nama ketiga-tiga ahli Parlimen telah disebut secara rasmi dalam institusi kehakiman negara.

“Mereka yang disebut ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

“Jika kenyataan ini tidak diberi perhatian untuk tindakan lanjut oleh SPRM, saya risau ia akan menjatuhkan kredibiliti entiti SPRM sendiri.

“Pendedahan terhadap ketiga-tiga nama tersebut adalah keterangan yang perlu dipertanggungjawabkan kerana disebut dalam mahkamah,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker