Puad tawar diri saman Mahathir isu Batu Puteh



Puad tawar diri saman Mahathir isu Batu Puteh

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menawarkan diri untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menjadi individu bertanggungjawab ke atas kehilangan pulau Batu Puteh.

“Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, Tun M mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai. Baru padan.

“Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun M. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara,” katanya di Facebook.

Puad berkata, tindakan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 menarik balik rayuan tuntutan ke atas pulau Batu Puteh adalah tarikh hitam negara dan bekas perdana menteri itu wajar disaman sebagai pengajaran.




Beliau berkata demikian susulan tindakan Mahathir meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara tidak sampai 15 minit selepas tiba untuk ditemu bual oleh Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara pada Selasa.

Bekas perdana menteri itu berbuat demikian kerana membantah kedudukan Apandi sebagai pengerusi panel terbabit dan bertegas tidak akan memberikan kerjasama sehingga beliau digantikan.

Pada 3 Feb 2017, Putrajaya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau Batu Puteh.

Apandi, yang juga peguam negara pada 2017, berkata, beliau akan mengetuai sepasukan pakar semakan ke atas keputusan ICJ itu. Bagaimanapun pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan itu sebelum kes berkenaan dibicarakan pada 11 Jun tahun sama. FMT

Puad tawar diri saman Mahathir isu Batu Puteh





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Leave a Reply

Your email address will not be published.