PAS akan tinggalkan PN

PETALING JAYA: Penganalisis membuat spekulasi bahawa PAS sudah bersedia untuk bergerak secara solo pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, ini dapat dilihat menerusi pengisytiharan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terbuka kepada idea PRU awal.

Kenyataan Hadi itu, katanya, boleh ditafsirkan sebagai parti itu menjarakkan diri daripada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu, yang tidak mahu PRU diadakan sebelum masanya.

“Dengan cadangan dari dalam parti untuk menggunakan logo sendiri, ditambah kenyataan Hadi bahawa parti itu tiada masalah jika PRU15 disegerakan, ini membayangkan PAS tidak sehaluan dengan kehendak Bersatu,” katanya kepada FMT.

Jumaat lepas, Hadi berkata, walaupun secara dasarnya PAS bersetuju PRU15 patut diadakan pada akhir penggal Parlimen, ia boleh disegerakan jika timbul keperluan bagi kerajaan yang lebih kukuh.

Azmi Hassan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa masa terbaik untuk mengadakan PRU15 adalah pada Julai 2023.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak dalam PAS supaya parti itu menggunakan logo sendiri pada PRU15, Hadi berkata, itu hanyalah pandangan peribadi mereka.

Setakat ini, parti masih menggunakan logo Perikatan Nasional (PN), tambahnya.

Azmi memberi amaran, jika PAS bertanding sendirian pada PRU15, ia mungkin melemahkan peluangnya kerana perlu bersaing dengan Umno dan Bersatu untuk meraih undi Melayu.

Katanya, apa yang terbaik untuk PAS dalam menghadapi PRU15 adalah menghidupkan semula gabungannya dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, katanya, Umno tiada sebab untuk bekerjasama dengan PAS pada peringkat ini.

Beliau berkata, jika perlu bekerjasama dengan Bersatu, PAS wajar menggunakan logo sendiri memandangkan panji PN tidak akan memberi sebarang nilai tambah, merujuk kepada prestasi buruk ditunjukkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka serta Johor.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, langkah PAS seterusnya akan bergantung kepada apa yang menjadi keutamaan parti itu untuk PRU15.

“Jika ia mahu kekal mempunyai suara dalam kerajaan persekutuan, lebih baik jika kekal bersama Umno,” katanya.

“Namun ini juga akan membuka ruang untuk Umno terlibat dalam kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya kepada FMT.

Sebaliknya, katanya, jika keutamaan PAS lebih kepada untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri seperti sekarang, lebih masuk akal untuk menggunakan logo sendiri.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker